KOLEH KACANG YG MENAWAN RASA TEKAK

Assalamualaikum.....

Lama tak update apa2 dalam blog dek sibuk ngan perpindahan dan pejabat nak tutup. Letih rasanya baru lepas kelas talam dan bingka part2 yg dah lama tak buat. Alhamdulillah semua dah selesai dah merupakan kelas terakhir di Ipoh. Sedih rasanya bila ingatkan nak tinggalkan Ipoh yg byk kenangan.

ok hari ni Ita nak masukkan resepi koleh kacang yg Ita rasakan paling sedap yg Ita pernah makan( sebenarnya Ita tak suka pun). Resepi ni ita belajar masa kelas ngan ChefAsma dulu. Sesiapa yg kenal Chef pasti tahukan semua resepi beliau mmg terbaik punya.

Ok moh kita tengok resepi

Kole kacang yg dah siap pack utk peserta bawa balik
KOLEH KACANG
Sumber: Kelas Chef Asma

BAHAN2
(A)
400gram gula merah
100gram gula halus
300ml air
1 helai daun pandan

(B)
300gram tepung kacang hijau (ita guna jenama Baba's)
1tsp garam
400ml santan pekat
1300ml air

Cara2
1. Masak bahan2 (A) sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml ( jgn sampai air gula pekat)

2. Satukan bahan (B), kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.

3. Masukkna bahan (A) ke dalam bancuhan (B), kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk.jgn terlebih pekat sgt nanti jadi kuih plastik(Masukkan 1 ½ tbsp minyak supaya berkilat)

4. Bila masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas & disapu marjerin.

5. Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.

TAHI MINYAK & CARA2NYA
300ml santan pekat + 1/8tsp garam
(dimasak dengan pai perlahan hingga menjadi tahi minyak & warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas).
*minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 tbsp masuk ke dalam adunan supaya berkilat