TALAM UBI KAYU YANG MENGGODA

ini gambar talam ubi kayu yg  siap utk peserta bawak balik. mmg sedap resepi Chef Asma ni.

Salam semua... Selamat petang... Kalau lah petang2 macam ni dapat makan kuih talam ubi kayu yg macam ni kan best.. Nak beli belum tentu sedap di tekak(bukanlah maksud kuih org lain tak sedap). Nak buat pulak skrg ni jiwa tgh kacau sgt. Hidup tgh gundah gulana memikirkan nasib mulai bulan julai ni sebab mula bulan 7 ni dah tak berkerja makan gaji. Tempat ita berkerja ni terpaksa bertukar tempat operasi ke Port Klang sepenuhnya(lebih kurang nak tutup cawangan Ipoh la) Ita buat keputusan utk berhenti sebab kesian kat anak2 yg masih kecik dan byk sgt masalah yg tak dpt nak diceritakan. Ya Allah kau kuatkanlah semangat dan jiwaku utk menempuh segala dugaanMu. Maknanya acara membaking ni akan menjadi acara tetap Ita setiap hari. Ok mari kita tgk resepi kuih talam ubi kayu yg sedap ni. Resepi ni adalah resepi Chef Asma, ita p bljr tahun lepas dan dah buat kelas part2.

Ok moh kita tgk resepinya ya.....

Sumber : Kelas Chef Asma Part2

 
TALAM UBI KAYU

LAPISAN BAWAH
700gram ubi kayu-(parut, tapis airnya dan ambik sagunya & timbang)
100ml santan pekat
300ml air
250gram gula halus
sedikit pewarna kuning( lemon yellow + egg yellow)

Cara2
  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata
  2. Masak semua bahan2 sehingga pekat
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
100gram tepung beras
50gram tepung ubi
50ram tepung gandum
2tsp garam
200ml santan kotak
800ml air

Cara2
1.Satukan semua bahan2 dan tapis ke dalam periuk.
2. Masak hingga naik wap’
3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit


Talam Ubi yg baru keluarkan dr loyang.  Guna loyang 10' X 10' dan dapat 64 ketui


KELAS NGAN NORHASMUNI DR CAMERON

Salam semua. Lamanya tak update blog kan. Sibuk sgt dgn urusan pindah rumah.

Ok hari ni ita terajin sikit nak masukkan sikit gambar kelas bersama Norhasmuni dari Cameron Highlands. Dtg nak belajar 2 modul terus... kelas hias bunga hantaran dan kelas artwork karton. huhuhuhu kelas bermula pukul 11 pagi (agak lewat sebab sampai lewat) smpi ke 8 mlm juga. letihhhh jugak le rasanya.. moh kita gambarnya...

tgh buat bunga tanpa kon

buat rumput 2 kat kek artwork kartun

hasil selepas pukul 8 mlm dr pukul 11 pagi bertungkus lumus

Add caption


Alhamdulillah masih boleh tersenyum lagi tu
Terima kasih ya Norhasmuni sebab sanggup turun ke Ipoh dari Cameron Highlands

Dessert yg menggamit lemak ke badan



Assalamualaikum....

 Huhuhu klu tgk gambar ni pasti ramai yg tergoda kan... Lepas tu moh kita ajak lemak dtg ke badan kita sekali. ermmmm jgn salahkan ita ya klu perkara tu terjadi... dessert ni ita belajar kat kedai baking The Best Food bulan April tahun lepas. Murah ja kelas nya RM35 utk 3 dessert. Tapi jgn tanya ita kat mana kedai baking tu sekarang ya sebab kedainya pun dah tutup. Apa2 pun moh kita layan gambar dan resepinya ya...



LOVER KISS (DESSERT)

A
300gm      BiskutDigestives    Hancurkan biskut dan satukan dgn butter cair dan
200gm      Butter (cairkan)       tekan padat dlm acuan ring.

B
3biji         Epal( Nak byk sikit pun boleh dan potong dadu)
50gm       Gula Halus + Air separas Gula shj
10gm       Serbuk Kulit Kayu Manis
2tsp         Tepung Jagung
1tbsp        Jus lemon

C
500gm       Cream cheese(cikgu guna Anchor)
50gm         UHT cream (cikgu guna Anchor)
250gm        Fresh Cream(Non Diary dan pukul hingga kental)
2 biji          Kuning telur (gred A)
1tbsp          Lemon jus

16gm      Gelatin     rendam gelatin dlm air sejuk hingga bekas boleh diterbalikkan
50gm      Air sejuk  lepas tu double boil hingga larut betul2(buat masa nak guna)

Cara2
  1. Hancurkan biskut satukan dgn butter cair dan tekan padat dlm acuan ring(tanpa tapak)
  2. Gula, serbuk kulit kayu manis, jus lemon dan air, masak hingga mendidih, masukkan tepung jagung dan kacau(jgn tutup api)
  3. Masukkan epal, gaul sebati hingga epal lembut sedikit dan tutup api.
  4. Masukkan epal td kedalam acuan berisi biskut(utk 2nd layer) dan padatkan.
  5. Satukan telur kuning dan UHT cream(diary) dan kacau sedikit shj ketepikan
  6. Pukul cream cheese hingga kembang, masukkan campuran telur dan cream tadi, pukul lagi hingga sebati
  7. Masukkan lemon jus, pukul hingga berkrim dan masukkan gelatin yg di double boil td masa tgh panas2 dan terus pukul hingga sebati dan berkrim.
  8. Masukkan fresh cream yg dah di pukul kental tadi dan gaul sebati menggunakan whisk shj.
  9. Masukkan adunan ke dlm acuan utk 3rd layer selepas epal tadi.
  10. Bubuh la apa2 hiasan yg  disukai dan simpan dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam.

* petua utk keluarkan adunan yg dah sejuk dr loyang ring pulak celupkan kain dlm air panas dan perah (morning towel pun boleh) dan lekapkan sekeliling ring. Dgn mudah ja kita boleh keluarkan ring dr adunan tu. Cubalah ya…..



KELAS KEK HANTARAN

Salam semua...

Kali ni ita masukkan gambar kelas kek hantaran yg buat kali pertama awal tahun ni. 4 org peserta semuanya. Kak Arfah, Kak Latifah, Rohaida dan Adik Hidayah..  Hanya ida sorang ja ada pengalaman hias kek dan nak tau mcm mana nak buat bunga tanpa kon. Alhamdulillah semuanya berjaya menghias sebiji kek. huhuhu susah juga ya buat ni kata kak Arfah dan kak Latifah...   mmg susah klu tak tau teknik yg betul...

Ok jom layan gambar masa kelas

Ida dan Kak Arfah tgh praktis buat bunga

Adik Hidayah danKak Latifah tg siapkan kek masing2

kek Rohaida

Kek Kak Latifah

Kek Kak Arfah

Kek Adik Hidayah

Akhirnya dari pagi hingga jadi sebiji kek masing2. Dr kri Kak Latifah, Rohaida, Kak Arfah dan Adik Hidayah

KEK KAHWIN PERTAMA

Assalamualaikum...

Hari ni ita nak cerita sikit macam mana ita boleh terlibat dgn bab baking pada 2006. Mula2 pergi kenduri bertunang sepupu linda di Klang, tgk kek tunangnya cantik sgt. Tiba2 Linda bgtau kek tu kakak dia Lin yg buat, mcm tak percaya la pulak sepupu, tambahan pulak dia bgtau dia cuma bljr dr internet ja... Apalagi balik rumah terus la searching mcm2. masa tu baru tau dlm alam maya ni mcm2 boleh kita dapat. Terpulang pada kita nak yg baik atau buruk. Masa tu ita berazam nak cari sesuatu utk diri sendiri demi masa depan. Laman web yg pertama buat ita jatuh cinta tentunya Myresepi, lain2 juga seperti ResepiDiana, Rincann dan fotopages kak Zatidhati pula mencetuskan idea utk mula menatap ke bidang menghias kek dan mula mencari guru supaya dapat teknik yg betul.

Panjang sgt cerita pun malas nak taip jadi mari kita layan gambar kek kahwin bertingkat yg pertama ita berani buat itupun 2 tingkat ja masa tu pada tahun 2010. Jiran depan rumah yg tempah utk perkahwinan anaknya.

Jom kita layan gambar..




kek 2 tingkat berserta kek cawan

Inilah pengantinnya

KELAS TALAM PART2 18.12.2011

Salam semua...

Siapa suka makan kuih bingka. ok kali ni ita masukkan gambar2 kelas kuih talam part2. Kuih bingka resepi chef Asma mmg kelas dan sedap tau. Kelas kali ni ada 6 org peserta.

 Ok mari kita lihat gambar2nya ya... layan ya

10 resepi semuanya












Ok mari kita lihat gambar2nya ya... lay

KELAS TALAM PART1 15.5.2011

Salam semua...

Kali ni ita nak update gambar tahun lepas kelas talam part1  pada 15.5.2011. Peserta semua sekali 8 orang termasuk seorg Ustaz Rofie Wari dr Klebang Restu. Peserta lelaki yg pertama dtg ke kelas ita. Alhamdulillah ya Allah... permudahkan urusan hambamu....

Layan gambar2 kelas ....

Inilah rupa Ustaz Rofiei Wari dr Klebang Restu. Uztaz ni pandai berubat perkara mistik sebab ita pernah sekali berubat ngan dia sebab 3hari 3 malam berturut2 tak boleh tido sebab ada gangguan. Alhamdulillah dgn izin Nya semua kembali ok

Hana dan Kak Zalina dan kak Sofiah

Kak Saidah sedang masak talam. Skrg dia pun dah bukak kelas



Tunjuk cara2 nak potong kuih talam yg betul dan kemas

Semua peserta di akhir kelas

KELAS TALAM PART1 2.5.2011

Assalamualaikum....

Ini adalah gambar2 kelas talam part1 pada 2.5.2011. wah dah setahun ya gambar ni. Masa ni 7 org peserta yg datang. Adid Badariah, Russina( dr Penang), Eishah, Raudziah, Intan, Mas Rurah, Che Tam. Alhamdulillah semua selesai....

Moh kita tengok gambor2nya


Kak Ina dr Penang tgh masak

Kak Mas dah macam supervisor ja rupanya menengok Kak Tam

Tgh mancakar lapisan bawah

Kak  Intan in action 

Bersama semua peserta

JADUAL KELAS TALAM PART1

INILAH 10 JENIS KUIH TALAM YG AKAN DI AJAR
Buat warga IPOH yg berminat nak belajar kuih talam yg cantik2 dan sedap, boleh hubungi ita. Kelas ni bukan demo shj ya. semua kena buat sendiri dari timbang bahan hingga ke memasak. Ini gambar sikit yg diambik masa kelas sebab tukang ambik gambar terlupa nak ambik gambar sgt.

KELAS AKAN DATANG PADA 27.5.2012 BERMULA 10 PAGI HINGGA SELESAI. AKAN BELAJAR 10 JENIS TALAM DAN BAYARANNYA RM120 TERMASUK MAKAN DAN MINUM TENGAH HARI. TEMPATSOLAT DI SEDIAKAN.

TALAM PART 1
1.TALAM TOKYO
2.TALAM SUJI
3.TALAM CENDOL
4.TALAM SEKOTENG
5.TALAM ROTI PAUN
6.TALAM JAGUNG
7.TALAM PUDING MARBLE
8.TALAM GULA MERAH
9.TALAM KELADI
10.SERIMUKA PANDAN
JIKA BERMINAT SILA INBOX ATAU TERUS TEL ITA 0125323552. BANK IN DEPOSIT RM50 KE ACC MAYBANK ROHAYA YAHAYA 158220612196. KLU DAH BANK IN BGTAU ITA YA. JIKA TIADA DEPOSIT ITA BG TEMPAT PADA YG DAH BANK IN DEPOSIT SHJ. SEBAB BANYAK KALI DAH TERKENA. MAAF YA

ACAR BUAH (RESEPI MAK MERTUAKU)

Assalamualaikum semua....

Hari ni ita nak kongsi satu resepi turun temurun dari mak mertua ita 'MAK MILAH'(klu pernah masuk kelas ita mesti pernah jumpa dgn mak mertua ita, stg peserta panggil dia supervisor. hehehe). Ita ni bukan peminat acar buah ni sebab sebelum ni ita makan semua tak kena pada tekak ita. Lepas ita kahwin pernah sekali mak mertua ita buat dan suruh ita makan, ita bgtau dia ita tak minat makan acar buah. Mak mertua Ita kata rasalah dulu mana tau yg ni rasa serasi pulak. Nak jaga hati punya pasal makan la sikit, urppps  tersedap la pulak benda Allah ni, selalunya tak sedap dan terus meratah macam tu ja(byk pulak tu. Esoknya siap bawak utk kawan2 ofis lagi. Apalagi kawan2 semua suka....

Ok moh kita lihat resepinya ya. Resepi ni di tulis oleh kawan ita si Azarniza masa diaorg datang kerumah suruh Mak Milah ajarkan buat Acar Buah. Gambar2 ni pun masa kawan2 ita datang belajar kat rumah.

azarniza dan kak ju tgh tgk kuah dah pekat

mak mertua ita tgh tunjuk skill

selepas masukkan buah2an

azarniza dengan acar buah yg akan di bawak balik

inilah rupa acar buah mak milah yg menjadi buah mulut peserta yg dapat merasa semasa kelas. jadi mana yg dah merasa dan nak buat sendiri apalagi resepi dah diberi ....

ACAR BUAH MAK MERTUAKU


BAHAN-BAHAN ( Byk ni boleh buat kenduri 50org makan)





*Ketumbar ( biji Rempah)                           30gm               
*Jintan Manis                                           30gm                 
*Jintan Putih                                             30gm                                 
*Cili Kering                                             100gm
(* Goreng tanpa minyak(sangai) sampai garing, kisar hingga halus dan ayak.
Sos Cili (Mak guna Kimball)                      1 1/2kg
Bawang putih(biarkan sebiji2)                      >15 biji                       
Bawang merah(biarkan sebiji2)                     >15 biji
Halia (hiris 1/2inci)                                    >5 inci
Gula                                                        >dlm 2sudu besar(ikut kemanisan sendiri)   

Buah –buahan  Jeruk(Ikut  Pilihan sendiri)      >5kg   
(klu buahan jeruk ni ada halwa yg manis cth halwa kundur jgn bubuh gula)

Minyak masak                                            1 1/2kg-mmg banyak

CARA MEMBUATNYA

1.Tumis Bawang putih, bawang merah, halia,cili kering sehingga mendidih.

2.Kemudian masukan sos cili, jintan manis, jintan putih dan ketumbar(yg siap diayak) dan masak lagi  selama lebih kurang     1/2 jam.

3.Masukan halia kundur kemudian kacau sehingga sebati,

4.Masukan buah-buah jeruk yang keras.dan kacau sehingga empuk,

5.Akhir sekali masukan buah-buah yang lembut dan kacau sehingga sebati. Tutup api.KLu rasa minyak  banyak bertakung, boleh diasingkan minyaknya Simpan 2-3 malam dulu sehingga mesra kesemua buah dan rasa barulah boleh di makan.(tp klu tak sabar lepas masak tu dah boleh makan.

Bolehlah di hidang.